Dapatkan Kefleksibelan untuk Menguruskan Keperluan Anda yang Sentiasa Berubah
Hakikatnya adalah keperluan kita berubah dengan masa. Apabila keperluan berubah, keutamaan juga akan berubah. Apa yang penting adalah untuk menguruskan keperluan kewangan anda mengikut keutamaan anda.
Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan Shariah yang dirangka untuk menangani perjalanan hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh kefleksibelan. Dengan mentaati nilai-nilai yang tersedia ada, pelan ini juga membolehkan anda mengawal perjalanan hidup anda dengan lebih teratur.
Apakah Manfaat Pelan TAKAFULINK Kepada Saya?
- Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upayatanpa menjejaskan sumbangan anda.
- Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal,kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
- Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-manadana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberipulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaunsimpanan bank.
- Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulinkyang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yangboleh ditukar adalah RM1,000.
- Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluananda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersediasekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
- Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehinggaRM6,000 setahun.
Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil Pelan TAKAFULINK?
Sesiapa yang berumur di antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda
juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun.
Manfaat Asas
- Kematian
- Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Manfaat Opsional & Tambahan
Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/Manfaat Opsional
• Crisis Shield
Rider melalui Sumbangan Berbayar (CPR)/Manfaat Tambahan
• Compassionate Benefit
• Accidental Death and
Disablement
• Accidental Medical
Reimbursement
• Weekly Indemnity
• Medical Cover
• Hospital Benefit
• Disability Provider
• Crisis Cover Plus
• Crisis Cover Income
• Takaful Puteri
• Takaful Puteri Plus
• Takaful Saver
• Contributor
• Spouse Contributor
• Parent Contributor
• Takaful Saver Contributor
• Takaful Saver Spouse Contributor
• Takaful Saver Parent Contributor
• Takaful Health
• Annual Limit Waiver
Nota: Dengan memilih manfaat-manfaat opsional dan tambahan, unit-unit
tambahan mungkin akan ditolak dari akaun anda dan prosid dikreditkan ke
dalam Dana Tabarru’ (untuk UDR) atau sumbangan tambahan diperlukan
untuk CPR.
Bagi Keperluan Simpanan Anda
Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli unit-unit
dari dana Takafulink yang anda pilih.
Sumbangan ini diagihkan mengikut tahun sijil dan peratusan sepadannya.

Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun ke atas. Untuk tempoh yang
kurang daripada 20 tahun ia akan ditingkatkan dengan sewajarnya. Sila rujuk
kepada sijil Takaful anda untuk keterangan lanjut.
Dana-Dana TAKAFULINK
Takafulink Dana Bon
- Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalamjangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburandi dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
- Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan inginmelabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Urus
- Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan didalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan didalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuitidan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkindisediakan di masa hadapan.
- Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhanake tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Ekuiti
- Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhanake panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan danyang tersenarai di Bursa Malaysia.
- Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan inginmelabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
- Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang denganmelabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayahsekitarnya.
- Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan inginmelabur di dalam jangkamasa panjang.
Nota Penting
- Produk takaful ini terikat dengan prestasi aset-aset asas. Ia bukan satu produkpelaburan tulen seperti unit amanah.
- Sijil ini tidak akan memperuntukkan jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’pada penamatan, luput atau matangnya sijil ini.
- Manfaat dana pelaburan adalah berdasarkan prestasi sebenar dana itu dan iatidak dijamin.
- Risiko pelaburan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan manfaatyang diterima mungkin kurang daripada sumbangan yang disumbangkan didana pelaburan.
- Sekiranya anda ingin meneruskan perlindungan takaful apabila anda berhentimembuat sumbangan kepada pelan ini, adalah penting untuk anda memberikebenaran untuk memotong Tabarru’, Caj Perkhidmatan dan Caj PengurusanRisiko bagi Manfaat Pilihan (sekiranya ada) dan Manfaat PerlindunganTambahan (sekiranya ada) daripada akaun anda. Tanpa kebenaran ini, ManfaatPilihan dan/atau Manfaat Perlindungan Tambahan yang telah anda pilih akandihentikan walaupun terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun anda.
No comments:
Post a Comment