Search This Blog

Wednesday, April 24, 2013

Sesiapa yang tinggal di Kajang dan Bangi saya sedia untuk berkongsi plan terbaru kami Takaful Health Medical Card dengan ZERO DEDUCTIBLE. Plan Takaful Protect dan plan pendidikan anak yang memberi bonus kepada pelajar pelajar yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dari peringkat sekolah rendah, menengah sehingga ke kolej dan universiti. Hubungi saya di no hp saya 019-2775895

Monday, August 16, 2010

Takafulink Cerdik - Pelan perlindungan dan pendidikan kanak-kanak

Esok Yang Cemerlang Bermula Hari Ini.

Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda

Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas.
Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk
anda dan anak anda.


Bagaimana Pelan TAKAFULINK CERDIK Berfungsi Untuk Anak-Anak Saya?

Lindungi Pendidikan dan Kesejahteraan Masa Depan Anak Anda

Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.

Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda, pendidikan dan perlindungan – dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.


Pelan yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan
  • Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
  • Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
  • Wujudkan satu dana pendidikan yang mantap untuk anak anda dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih
  • tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
  • Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
  • Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.

Siapakah yang Boleh Menyertai Pelan TAKAFULINK CERDIK?

Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 2 minggu hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.


Bagaimana Boleh Saya Memulakannya?

Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anak anda, seperti perlindungan asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan.


Manfaat Asas

Kematian: Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam Akaun Unit Peserta (PUA)2, Akaun Khas Individu (ISA)3 dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)4 jika berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri pada tahun pertama sijil, manfaat kematian tidak akan dibayar, namun nilai baki di dalam PUA, ISA dan IUA akan dikembalikan.

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD): Jumlah perlindungan akan dibayar jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau belum mencapai umur 25 tahun. Unit-unit di dalam PUA, IUA dan nilai ISA akan kekal di dalam akaun anda. Kami tidak akan membayar manfaat ini sekiranya ia disebabkan oleh:
  • percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman.
  • penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.
Sekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami TPD sebelum berusia 5 tahun, kami akan membayar sebahagian Jumlah Dilindungi seperti berikut:
2 PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, berdasarkan amaun berkaitan sumbangan yang dibayar.
3 ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan diperuntukkan.
4 IUA adalah akaun yang diunitkan di mana Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal diperuntukkan.


Manfaat Opsional dan Tambahan

Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink Cerdik. Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink Cerdik adalah:

Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/Manfaat Opsional
  • Crisis Shield

Rider melalui Sumbangan Berbayar (CPR)/Manfaat Tambahan
  • Compassionate Benefit
  • Accidental Death and Disablement
  • Medical Cover
  • Hospital Benefit
  • Crisis Cover Plus
  • Disability Provider
  • Takaful Saver
  • Contributor
  • Parent Contributor
  • Takaful Saver Contributor
  • Takaful Saver Parent Contributor
  • Takaful Health
  • Annual Limit Waiver
  • Accidental Medical Reimbursement
Nota: Dengan memilih manfaat-manfaat opsional dan tambahan, unit-unit tambahan mungkin akan ditolak dari akaun anda dan prosid dikreditkan ke dalam Dana Tabarru’ (untuk UDR) atau sumbangan tambahan diperlukan untuk CPR.


Bagi Keperluan Simpanan Anda

Kami juga akan membantu merancangkan simpanan anda dengan menyediakan beberapa dana bagi tujuan pelaburan anda. Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli unit-unit dari dana Takafulink yang anda pilih. Sumbangan ini diagihkan mengikut
tahun sijil dan peratusan sepadannya.





Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun ke atas. Untuk tempoh yang kurang daripada 20 tahun ia akan ditingkatkan dengan sewajarnya. Sila rujuk kepada sijil Takaful anda untuk keterangan lanjut. Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM3,000.


Dana-Dana Takafulink

Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.

Takafulink Dana Bon
  • Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
  • Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Urus
  • Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berlandaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.
  • Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti
  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
  • Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang.


Lebihan Pengunderaitan & Perkongsian Keuntungan Pelaburan

Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta
dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan dari Dana Tabarru’ dan ISA akan dikongsi di antara para peserta dan PruBSN pada kadar 70:30.


Apakah Cajnya?

Takafulink Cerdik adalah berdasarkan Model Wakalah di mana PruBSN akan menolak Caj Wakalah dari sumbangan sebelum ianya diagih/dikreditkan ke dalam PUA, ISA dan IUA. Untuk sijil/rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, sila rujuk kepada jadual berikut:




Sekiranya tempoh sumbangan adalah kurang daripada 20 tahun, PruBSN akan mengurangkan caj dengan sewajarnya dan akan memperuntukkan peratusan yang lebih tinggi ke dalam akaun PUA dan ISA anda.
Sebahagian daripada caj Wakalah akan digunakan untuk komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan dengan pengedaran.

Lain-lain caj termasuk:

Caj Perkhidmatan
  • Perbelanjaan perkhidmatan pensijilan yang akan didebitkan dari PUA.
  • RM5 dibayar setiap bulan.
Caj Pengurusan Aset
  • Terdiri daripada perbelanjaan pengurusan pelaburan bagi PUA dan IUA.
  • Caj ini dikenakan setiap hari berdasarkan nilai dana yang sepadan dan akan dikemukakan di dalam harga unit.
  • Bagi setiap Dana Takafulink, cajnya adalah seperti di bawah dan ia tertakluk kepada semakan pada masa hadapan:







Caj Pengurusan Risiko
  • 30% daripada Tabarru’ Kasar akan ditolak setiap bulan. Ini adalah caj bagi pengurusan risiko Dana Tabarru’.

Tabarru’
  • Mewakili amaun yang sanggup disumbangkan oleh seseorang peserta bagi kebaikan bersama semua peserta yang layak menerima manfaat tersebut.
  • Levi bulanan adalah berdasarkan umur anda, jantina, adakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan (sekiranya berkaitan) dan jumlah perlindungan.



Thursday, August 12, 2010

Takaful Health - Ganjaran bila anda kekal sihat












Manfaat Utama Takaful Health

Bonus Tiada Tuntutan
memberikan anda bonus sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tahun tersebut.


Perlindungan Menyeluruh untuk Bil Kemasukan Hospital dan Pembedahan
menyediakan perlindungan menyeluruh sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapatkan rawatan pesakit luar. Ini sememangnya dapat memberikan anda ketenangan fikiran.

Pilihan untuk Mengenetepikan Had Tuntutan Tahunan
Anda dapat memilih untuk meningkatkan had tuntutan tahunan. Dengan manfaat tambahan ini, anda tidak perlu risau sekiranya bayaran perubatan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.

Pilihan dari Pelan Perubatan yang Mampu Dimiliki
Pilih dari 5 pelan Takaful Health yang sesuai dengan keperluan anda dan anggaran belanjawan anda. Dari caruman serendah RM 100 sebulan, pasti ada yang sesuai untuk anda.

Perlindungan Sehingga Umur 70 Tahun atau 80 Tahun
Pelan perubatan Takaful yang menyeluruh ini memberikan perlindungan sehingga anda mencapai usia 70 atau 80 tahun.


Takaful Health Adalah Semua Yang Anda Perlukan

Apakah Takaful Health?
Takaful Health adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan tetap yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus Tiada Tuntutan (No Claim Bonus) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut.

Siapakah yang Layak untuk Menyertai Takaful Health?
Sesiapa yang berumur di antara 1 hingga 60 tahun pada tarikh lahir akan datang layak menyertai pelan ini. Ia bukan saja dapat memberikan perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan tetapi juga memberi Ganjaran untuk anda kekal sihat.

Bagaimana boleh Saya Menyertai Takaful Health?
Anda boleh menyertai pelan Takaful Health apabila anda menyertai pelan Takafulink atau Takafulink Cerdik.

Berapakah Sumbangan yang Perlu Saya Bayar?
Sumbangan yang perlu anda bayar ditetapkan oleh umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan. Cara pembayaran boleh dibuat secara tahunan, separuh tahun, suku tahun atau bulanan dengan cara Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.


Takaful Health adalah Pelan yang Memberikan Anda Ganjaran

Saya seorang yang Sihat. Mengapa perlu saya menyertai pelan TAkaful Health?
Anda sepatutnya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di luar jangkaan anda. Dengan Takaful Health, kami akan memberi perlindungan kepada anda sekiranya anda jatuh sakit dan memberi ganjaran kepada anda dengan NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tahun tersebut. NCB ini akan dibayar terus ke dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA) pada tahun berikutnya. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda juga adalah lebih tinggi.

Sekiranya anda membuat tuntutan, anda tidak akan menerima NCB pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, anda akan tetap menerima NCB pada tahun-tahun berikutnya selagi tidak ada tuntutan dibuat.

Kos Perubatan kian Meningkat. Bagaimana Takaful Health dapat Membantu Saya?
Kenapa menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun? Lampirkan pelan rider Annual Limit Waiver yang akan mengenetepikan had tahunan pelan Takaful Health anda. Kini anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan tinggi yang tidak diduga.

Pelepasan Had Thunan hanya boleh disertai melalui pelan Takaful Health 200, 300 dan 400. Apabila Annual Limit Waiver dilampirkan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk kepada kotakaful amaun sebanyak 10%.

Bagaimanakah Takaful Health membayar Rawatan Perubatan di Luar Negara?
Sekiranya anda menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat akan dibayar menurut rawatan yang berpatutan dengan bayaran yang biasanya dikenakan di hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar sekiranya anda bermastautin di luar negara lebih dari 90 hari setiap perjalanan.

Bolehkah Saya mendapat Lebihan Pengunderaitan dan Perkongsian dari Keuntungan Pelaburan?
Peserta yang layak akan menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan yang terhasil daripada Dana Tabarru' pada penghujung tahun kewangan, jika ada, semntara baki 30% akan ditetapkan sebagai Rizab Kontigensi dalam Dana Tabarru'. Lebihan akan diagihkan kepada para peserta di mana amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Khas Individu (ISA).

Sekiranya terdapat keuntungan pelaburan dari ISA dan Dana Tabarru', ia akan diagihkan di antara peserta dan Pengendali Takaful mengikut nisbah 70%:30%.


Caj-caj Sewajarnya dari Takaful Health

Takaful Health adalah berdasarkan Model Wakalah di mana Pengendali Takaful akan menolak caj dari jumlah sumbangan sebelum ianya diperuntukkan ke dalam ISA. Untuk rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, jadual yang ditetapkan adalah seperti di bawah;



Jika tempoh adalah kurang daripada 20 tahun, Pengendali Takaful akan mengurangkan caj dengan sewajarnya dan memperuntukkan peratusan yang lebih tinggi ke dalam ISA anda.

Sebahagian daripada Caj Wakalah akan digunakan untuk pembayaran komisen agen serta lain-lain perbelanjaan yang berkaitan dengan pengedaran.

Caj-caj lain termasuk:

Caj Pengurusan Risiko
  • Ini adalah caj pengurusan risiko bagi Dana Tabarru'.
  • Sebahagian daripada jumlah keseluruhan Tabarru' akan ditolak setiap bulan berdasarkan umur anda.

Tabarru'
  • Kebaikan konsep Takaful adalah kebersamaan di kalangan para peserta di mana semua peserta akan memberi sumbangan secara Tabarru' bagi membantu peserta yang ditimpa musibah.
  • Amaun Tabarru' akan dikenakan secara bulanan berdasarkan umur anda, apakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan dan pelan perlindungan yang dipilih.

Wednesday, August 4, 2010

TAKAFULINK - Pelan Takaful berkaitan pelaburan yang fleksibel bersesuaian dengan perubahan hidup anda

Dapatkan Kefleksibelan untuk Menguruskan Keperluan Anda yang Sentiasa Berubah

Hakikatnya adalah keperluan kita berubah dengan masa. Apabila keperluan berubah, keutamaan juga akan berubah. Apa yang penting adalah untuk menguruskan keperluan kewangan anda mengikut keutamaan anda.

Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan Shariah yang dirangka untuk menangani perjalanan hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh kefleksibelan. Dengan mentaati nilai-nilai yang tersedia ada, pelan ini juga membolehkan anda mengawal perjalanan hidup anda dengan lebih teratur.


Apakah Manfaat Pelan TAKAFULINK Kepada Saya?
  • Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya
    tanpa menjejaskan sumbangan anda.
  • Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal,
    kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
  • Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana
    dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi
    pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun
    simpanan bank.
  • Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink
    yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang
    boleh ditukar adalah RM1,000.
  • Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan
    anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia
    sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
  • Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehingga
    RM6,000 setahun.

Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil Pelan TAKAFULINK?

Sesiapa yang berumur di antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda
juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun.


Manfaat Asas
  • Kematian
  • Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Manfaat Opsional & Tambahan

Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/Manfaat Opsional
• Crisis Shield

Rider melalui Sumbangan Berbayar (CPR)/Manfaat Tambahan
• Compassionate Benefit
• Accidental Death and

Disablement
• Accidental Medical

Reimbursement
• Weekly Indemnity
• Medical Cover
• Hospital Benefit
• Disability Provider
• Crisis Cover Plus
• Crisis Cover Income
• Takaful Puteri
• Takaful Puteri Plus
• Takaful Saver
• Contributor
• Spouse Contributor
• Parent Contributor
• Takaful Saver Contributor
• Takaful Saver Spouse Contributor
• Takaful Saver Parent Contributor
• Takaful Health
• Annual Limit Waiver

Nota: Dengan memilih manfaat-manfaat opsional dan tambahan, unit-unit
tambahan mungkin akan ditolak dari akaun anda dan prosid dikreditkan ke
dalam Dana Tabarru’ (untuk UDR) atau sumbangan tambahan diperlukan
untuk CPR.


Bagi Keperluan Simpanan Anda

Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli unit-unit
dari dana Takafulink yang anda pilih.
Sumbangan ini diagihkan mengikut tahun sijil dan peratusan sepadannya.






Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun ke atas. Untuk tempoh yang
kurang daripada 20 tahun ia akan ditingkatkan dengan sewajarnya. Sila rujuk
kepada sijil Takaful anda untuk keterangan lanjut.


Dana-Dana TAKAFULINK

Takafulink Dana Bon
  • Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam
    jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan
    di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
  • Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin
    melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Urus
  • Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di
    dalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di
    dalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti
    dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin
    disediakan di masa hadapan.
  • Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana
    ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti
  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana
    ke panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan dan
    yang tersenarai di Bursa Malaysia.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin
    melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
  • Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan
    melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah
    sekitarnya.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin
    melabur di dalam jangkamasa panjang.

Nota Penting
  • Produk takaful ini terikat dengan prestasi aset-aset asas. Ia bukan satu produk
    pelaburan tulen seperti unit amanah.
  • Sijil ini tidak akan memperuntukkan jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’
    pada penamatan, luput atau matangnya sijil ini.
  • Manfaat dana pelaburan adalah berdasarkan prestasi sebenar dana itu dan ia
    tidak dijamin.
  • Risiko pelaburan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan manfaat
    yang diterima mungkin kurang daripada sumbangan yang disumbangkan di
    dana pelaburan.
  • Sekiranya anda ingin meneruskan perlindungan takaful apabila anda berhenti
    membuat sumbangan kepada pelan ini, adalah penting untuk anda memberi
    kebenaran untuk memotong Tabarru’, Caj Perkhidmatan dan Caj Pengurusan
    Risiko bagi Manfaat Pilihan (sekiranya ada) dan Manfaat Perlindungan
    Tambahan (sekiranya ada) daripada akaun anda. Tanpa kebenaran ini, Manfaat
    Pilihan dan/atau Manfaat Perlindungan Tambahan yang telah anda pilih akan
    dihentikan walaupun terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun anda.