Search This Blog

Monday, August 16, 2010

Takafulink Cerdik - Pelan perlindungan dan pendidikan kanak-kanak

Esok Yang Cemerlang Bermula Hari Ini.

Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda

Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas.
Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk
anda dan anak anda.


Bagaimana Pelan TAKAFULINK CERDIK Berfungsi Untuk Anak-Anak Saya?

Lindungi Pendidikan dan Kesejahteraan Masa Depan Anak Anda

Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.

Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda, pendidikan dan perlindungan – dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.


Pelan yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan
  • Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
  • Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
  • Wujudkan satu dana pendidikan yang mantap untuk anak anda dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih
  • tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
  • Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
  • Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.

Siapakah yang Boleh Menyertai Pelan TAKAFULINK CERDIK?

Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 2 minggu hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.


Bagaimana Boleh Saya Memulakannya?

Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anak anda, seperti perlindungan asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan.


Manfaat Asas

Kematian: Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam Akaun Unit Peserta (PUA)2, Akaun Khas Individu (ISA)3 dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)4 jika berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri pada tahun pertama sijil, manfaat kematian tidak akan dibayar, namun nilai baki di dalam PUA, ISA dan IUA akan dikembalikan.

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD): Jumlah perlindungan akan dibayar jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau belum mencapai umur 25 tahun. Unit-unit di dalam PUA, IUA dan nilai ISA akan kekal di dalam akaun anda. Kami tidak akan membayar manfaat ini sekiranya ia disebabkan oleh:
  • percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman.
  • penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.
Sekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami TPD sebelum berusia 5 tahun, kami akan membayar sebahagian Jumlah Dilindungi seperti berikut:
2 PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, berdasarkan amaun berkaitan sumbangan yang dibayar.
3 ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan diperuntukkan.
4 IUA adalah akaun yang diunitkan di mana Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal diperuntukkan.


Manfaat Opsional dan Tambahan

Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink Cerdik. Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink Cerdik adalah:

Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/Manfaat Opsional
  • Crisis Shield

Rider melalui Sumbangan Berbayar (CPR)/Manfaat Tambahan
  • Compassionate Benefit
  • Accidental Death and Disablement
  • Medical Cover
  • Hospital Benefit
  • Crisis Cover Plus
  • Disability Provider
  • Takaful Saver
  • Contributor
  • Parent Contributor
  • Takaful Saver Contributor
  • Takaful Saver Parent Contributor
  • Takaful Health
  • Annual Limit Waiver
  • Accidental Medical Reimbursement
Nota: Dengan memilih manfaat-manfaat opsional dan tambahan, unit-unit tambahan mungkin akan ditolak dari akaun anda dan prosid dikreditkan ke dalam Dana Tabarru’ (untuk UDR) atau sumbangan tambahan diperlukan untuk CPR.


Bagi Keperluan Simpanan Anda

Kami juga akan membantu merancangkan simpanan anda dengan menyediakan beberapa dana bagi tujuan pelaburan anda. Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli unit-unit dari dana Takafulink yang anda pilih. Sumbangan ini diagihkan mengikut
tahun sijil dan peratusan sepadannya.





Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun ke atas. Untuk tempoh yang kurang daripada 20 tahun ia akan ditingkatkan dengan sewajarnya. Sila rujuk kepada sijil Takaful anda untuk keterangan lanjut. Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM3,000.


Dana-Dana Takafulink

Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.

Takafulink Dana Bon
  • Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
  • Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Urus
  • Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berlandaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.
  • Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti
  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
  • Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya.
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang.


Lebihan Pengunderaitan & Perkongsian Keuntungan Pelaburan

Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta
dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan dari Dana Tabarru’ dan ISA akan dikongsi di antara para peserta dan PruBSN pada kadar 70:30.


Apakah Cajnya?

Takafulink Cerdik adalah berdasarkan Model Wakalah di mana PruBSN akan menolak Caj Wakalah dari sumbangan sebelum ianya diagih/dikreditkan ke dalam PUA, ISA dan IUA. Untuk sijil/rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, sila rujuk kepada jadual berikut:




Sekiranya tempoh sumbangan adalah kurang daripada 20 tahun, PruBSN akan mengurangkan caj dengan sewajarnya dan akan memperuntukkan peratusan yang lebih tinggi ke dalam akaun PUA dan ISA anda.
Sebahagian daripada caj Wakalah akan digunakan untuk komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan dengan pengedaran.

Lain-lain caj termasuk:

Caj Perkhidmatan
  • Perbelanjaan perkhidmatan pensijilan yang akan didebitkan dari PUA.
  • RM5 dibayar setiap bulan.
Caj Pengurusan Aset
  • Terdiri daripada perbelanjaan pengurusan pelaburan bagi PUA dan IUA.
  • Caj ini dikenakan setiap hari berdasarkan nilai dana yang sepadan dan akan dikemukakan di dalam harga unit.
  • Bagi setiap Dana Takafulink, cajnya adalah seperti di bawah dan ia tertakluk kepada semakan pada masa hadapan:







Caj Pengurusan Risiko
  • 30% daripada Tabarru’ Kasar akan ditolak setiap bulan. Ini adalah caj bagi pengurusan risiko Dana Tabarru’.

Tabarru’
  • Mewakili amaun yang sanggup disumbangkan oleh seseorang peserta bagi kebaikan bersama semua peserta yang layak menerima manfaat tersebut.
  • Levi bulanan adalah berdasarkan umur anda, jantina, adakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan (sekiranya berkaitan) dan jumlah perlindungan.



No comments:

Post a Comment