Search This Blog

Thursday, August 12, 2010

Takaful Health - Ganjaran bila anda kekal sihat












Manfaat Utama Takaful Health

Bonus Tiada Tuntutan
memberikan anda bonus sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tahun tersebut.


Perlindungan Menyeluruh untuk Bil Kemasukan Hospital dan Pembedahan
menyediakan perlindungan menyeluruh sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapatkan rawatan pesakit luar. Ini sememangnya dapat memberikan anda ketenangan fikiran.

Pilihan untuk Mengenetepikan Had Tuntutan Tahunan
Anda dapat memilih untuk meningkatkan had tuntutan tahunan. Dengan manfaat tambahan ini, anda tidak perlu risau sekiranya bayaran perubatan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.

Pilihan dari Pelan Perubatan yang Mampu Dimiliki
Pilih dari 5 pelan Takaful Health yang sesuai dengan keperluan anda dan anggaran belanjawan anda. Dari caruman serendah RM 100 sebulan, pasti ada yang sesuai untuk anda.

Perlindungan Sehingga Umur 70 Tahun atau 80 Tahun
Pelan perubatan Takaful yang menyeluruh ini memberikan perlindungan sehingga anda mencapai usia 70 atau 80 tahun.


Takaful Health Adalah Semua Yang Anda Perlukan

Apakah Takaful Health?
Takaful Health adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan tetap yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus Tiada Tuntutan (No Claim Bonus) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut.

Siapakah yang Layak untuk Menyertai Takaful Health?
Sesiapa yang berumur di antara 1 hingga 60 tahun pada tarikh lahir akan datang layak menyertai pelan ini. Ia bukan saja dapat memberikan perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan tetapi juga memberi Ganjaran untuk anda kekal sihat.

Bagaimana boleh Saya Menyertai Takaful Health?
Anda boleh menyertai pelan Takaful Health apabila anda menyertai pelan Takafulink atau Takafulink Cerdik.

Berapakah Sumbangan yang Perlu Saya Bayar?
Sumbangan yang perlu anda bayar ditetapkan oleh umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan. Cara pembayaran boleh dibuat secara tahunan, separuh tahun, suku tahun atau bulanan dengan cara Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.


Takaful Health adalah Pelan yang Memberikan Anda Ganjaran

Saya seorang yang Sihat. Mengapa perlu saya menyertai pelan TAkaful Health?
Anda sepatutnya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di luar jangkaan anda. Dengan Takaful Health, kami akan memberi perlindungan kepada anda sekiranya anda jatuh sakit dan memberi ganjaran kepada anda dengan NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tahun tersebut. NCB ini akan dibayar terus ke dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA) pada tahun berikutnya. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda juga adalah lebih tinggi.

Sekiranya anda membuat tuntutan, anda tidak akan menerima NCB pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, anda akan tetap menerima NCB pada tahun-tahun berikutnya selagi tidak ada tuntutan dibuat.

Kos Perubatan kian Meningkat. Bagaimana Takaful Health dapat Membantu Saya?
Kenapa menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun? Lampirkan pelan rider Annual Limit Waiver yang akan mengenetepikan had tahunan pelan Takaful Health anda. Kini anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan tinggi yang tidak diduga.

Pelepasan Had Thunan hanya boleh disertai melalui pelan Takaful Health 200, 300 dan 400. Apabila Annual Limit Waiver dilampirkan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk kepada kotakaful amaun sebanyak 10%.

Bagaimanakah Takaful Health membayar Rawatan Perubatan di Luar Negara?
Sekiranya anda menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat akan dibayar menurut rawatan yang berpatutan dengan bayaran yang biasanya dikenakan di hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar sekiranya anda bermastautin di luar negara lebih dari 90 hari setiap perjalanan.

Bolehkah Saya mendapat Lebihan Pengunderaitan dan Perkongsian dari Keuntungan Pelaburan?
Peserta yang layak akan menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan yang terhasil daripada Dana Tabarru' pada penghujung tahun kewangan, jika ada, semntara baki 30% akan ditetapkan sebagai Rizab Kontigensi dalam Dana Tabarru'. Lebihan akan diagihkan kepada para peserta di mana amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Khas Individu (ISA).

Sekiranya terdapat keuntungan pelaburan dari ISA dan Dana Tabarru', ia akan diagihkan di antara peserta dan Pengendali Takaful mengikut nisbah 70%:30%.


Caj-caj Sewajarnya dari Takaful Health

Takaful Health adalah berdasarkan Model Wakalah di mana Pengendali Takaful akan menolak caj dari jumlah sumbangan sebelum ianya diperuntukkan ke dalam ISA. Untuk rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, jadual yang ditetapkan adalah seperti di bawah;



Jika tempoh adalah kurang daripada 20 tahun, Pengendali Takaful akan mengurangkan caj dengan sewajarnya dan memperuntukkan peratusan yang lebih tinggi ke dalam ISA anda.

Sebahagian daripada Caj Wakalah akan digunakan untuk pembayaran komisen agen serta lain-lain perbelanjaan yang berkaitan dengan pengedaran.

Caj-caj lain termasuk:

Caj Pengurusan Risiko
  • Ini adalah caj pengurusan risiko bagi Dana Tabarru'.
  • Sebahagian daripada jumlah keseluruhan Tabarru' akan ditolak setiap bulan berdasarkan umur anda.

Tabarru'
  • Kebaikan konsep Takaful adalah kebersamaan di kalangan para peserta di mana semua peserta akan memberi sumbangan secara Tabarru' bagi membantu peserta yang ditimpa musibah.
  • Amaun Tabarru' akan dikenakan secara bulanan berdasarkan umur anda, apakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan dan pelan perlindungan yang dipilih.

No comments:

Post a Comment