
1. Ditubuhkan hasil kerjasama dua syarikat kewangan terbesar di Malaysia dalam sektor masing-masing.
2. Menerima kebenaran untuk memulakan perniagaan Takaful dari Bank Negara pada awal 2006.
3. Diasaskan pada tahun 1848, Prudential bermula sebagai penyedia pencen hayat di UK. Kini merupakan salah satu dari syarikat perkhidmatan kewangan terbesar di dunia.
4. Prudential melalui Prudential Assurance telah berada di Malaysia selama lebih 80 tahun.
5. BSN (Bank Simpanan Nasional) dilancarkan pada 1974 mempunyai 9 juta pelanggan dan 5,100 orang pekerja di hampir 400 cawangan seluruh negara.
6. Kerjasama antara dua syarikat utama ini menyediakan satu asas kukuh kepada PruBSN hasil dari kekuatan Prudential Assurance di dalam rangkaian agensi dan juga keteguhan BSN sebagai sebuah bank.
7. Kekuatan penjenamaan dan identiti kedua-dua syarikat ini telah menyediakan satu peluang yang besar kepada PruBSN untuk memacu pertumbuhan industri Takaful di negara ini.
8. Visi PruBSN ialah untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan Shariah bertaraf dunia. Kami juga berhasrat untuk menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan semangat setiakawan di kalangan para pekerja, rakan niaga dan pelangan kerana di PruBSN, Kami Memahami, Kami Prihatin.
No comments:
Post a Comment